Sekolah Menengah Islam Darul Ulum PDF Print E-mail

PENGENALAN
Sistem pendidikan semasa yang diamalkan di Negara ini secara langsung menghakis sistem pengajian pengajian Islam. Fenomena ini mengakibatkan generasi Muslim sukar untuk memahami dan menghayati ajaran Islam itu sendiri.Menyedari hakikat ini Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merasa terpanggil untuk mewujudkan sebuah institusi pendidikan Islam. Pada akhir tahun 1991, sebuah bangunan 2 tingkat dibina yang dilengkapi dengan pejabat dan 7 bilik kelas. Maka pada tahun 1992 dengan rasminya tertubuhlah sebuah sekolah menengah Islam di bawah tajaan Badan Pehubungan PAS Negeri Kedah bertempat di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah dengan nama Markaz Tarbiah Watta’lim.Tenaga pengajar waktu itu ialah Ustaz Abd Razak bin Hassan sebagai mudir bersama 3 orang guru dengan bilangan murid seramai 16 orang.Pihak Lembaga Tadbir bersetuju menggunakan Kurikulum Thanawi Al Azhar, Mesir sebagai manhaj sekolah ini. Bahasa Arab menjadi bahasa utama di samping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 1993 jawatan Mudir disandang oleh Ust Abdul Malik bin Hj Ahmad dengan dibantu oleh 7 orang guru yang lain.Berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan dan peningkatan pembelajaran yang makin mencabar maka pihak Lembaga Tadbir mula menerima guru-guru yang berijazah. Pada akhir tahun 1994, Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud, lulusan Universiti Al Imam Muhammad Abi Suud, Riyadh dilantik menjadi Mudir.Pada tahun 1995, pembinaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menelan belanja lebih RM 1.3 juta dimulakan berkat sumbangan orang ramai. Pada tahun 1997, Kompleks tersebut disiapkan dan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih selesa. Bangunan sekolah lama telah dijadikan sebagai asrama puteri sebelum bangunan asrama puteri yang khusus dibina pada tahun 1998.Pada tahun 1998 juga, nama Markaz Tarbiah Watta’lim dengan rasminya ditukar kepada Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) bagi diselaraskan dengan nama 2 buah institusi pendidikan iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Dengan bertambahnya pelajar SMIDU, maka pada tahun 1999 pihak Majlis Muassasah Darul Ulum membina sebuah bangunan berasingan yang digunakan sepenuhnya pada tahun 2000 dengan perbelanjaan RM850 000.Mulai Februari 2000, Ustaz Abu Bakar bin Lebai Mat dilantik menjadi Mudir dan berkhidmat selama 3 tahun. Setelah itu, Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud dilantik semula sebagai Mudir. Semoga kegemilangan SMIDU akan tetap utuh, bergerak megah meredah segala cabaran demi merealisasikan citu-cita unggulnya.

VISI SEKOLAH
“KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA ‘AMILIN PEWARIS ANBIYA”

MISI SEKOLAH
“Menjana usaha terbaik bagi mencapai matlamat sekolah dengan iltizam, istiqamah, muafakat, dan jemaah seluruh warga SMIDU serta masyarakat Islam”

JAWATAN JUMLAH
Guru 24
Kakitangan Am 2

26

PELAJAR JUMLAH
Pelajar Lelaki 237
Pelajar Perempuan 125

362


PANORAMA SEKITAR SEKOLAH


 

Your are currently browsing this site with Internet Explorer 6 (IE6).

Your current web browser must be updated to version 7 of Internet Explorer (IE7) to take advantage of all of template's capabilities.

Why should I upgrade to Internet Explorer 7? Microsoft has redesigned Internet Explorer from the ground up, with better security, new capabilities, and a whole new interface. Many changes resulted from the feedback of millions of users who tested prerelease versions of the new browser. The most compelling reason to upgrade is the improved security. The Internet of today is not the Internet of five years ago. There are dangers that simply didn't exist back in 2001, when Internet Explorer 6 was released to the world. Internet Explorer 7 makes surfing the web fundamentally safer by offering greater protection against viruses, spyware, and other online risks.

Get free downloads for Internet Explorer 7, including recommended updates as they become available. To download Internet Explorer 7 in the language of your choice, please visit the Internet Explorer 7 worldwide page.